NOTE:
Post ini adalah untuk memberi info dan semangat kepada fellow bikers, terutama motor cc kecil, untuk ride ke Thailand
melalui Bukit Kayu Hitam samada secara solo atau berkumpulan.
Yang pertamanya, ride ke Thailand adalah amat senang dan mampu dilakukan oleh hampir sesiapa saja.
It's not a big deal, far from a great feat to achieve.
Dalam context thread ini, ride adalah ke Ko Samui. Peta ini untuk memberi sedikit gambaran jarak perjalanan yang bakal
di tempuh, so u know what you are up against.
Untuk ride merentasi sempadan negara, kena berurusan dgn dua badan berkuasa
1. Kastam (untuk motor)
2. Immigration Malaysia dan Thai (untuk rider)
Nak ride dalam siam, kena beli insurance untuk motor.
Yang diperlukan untuk buat insurance:
1. Salinan terbaru geran motor
Minimum adalah RM16 untuk lindungan selama 9 hari (untuk motor 125cc).
Geran perlu atas nama rider. Kalau rider bukan owner motor, perlu ada surat dari owner yang membenarkan
rider bawak motor tersebut masuk siam.
Kedai yang menjual insurance biasanya memberi perkhidmatan membuat surat kebenaran tersebut, dengan sedikit bayaran.
Untuk membuat surat tersebut, bagi pada kerani kedai tersebut dokumen berikut:
1. Salinan terbaru geran motor
2. IC rider
Insurance boleh dibeli di kedai kakak gemuk seperti yang AA syorkan. Atau boleh beli di kedai di pekan Changlun.
Kedai ini beroperasi dari pukul 5:30 pagi hingga 12 malam
Ada stesen Petronas sebelah kiri sebelum pekan Changlun... kedai jual insuran 40 meter di hadapan.
Kedai tu dalam restoran cina.
Sekarang dokumentasi untuk motor dah complete, tinggal untuk rider pulak.
Rider perlukan:
1. Passport atau border pass
2. Thailand Arrival / Departure card
Arrival / Departure card ini boleh di dapati di kedai yang buat insurance. Dgn RM1.00, dorang tolong isikan card ini.
Sepatutnya free saja, tapi ada kedai yang charge 50sen untuk sekeping card kosong.
Kedai insurance dalam restoran cina ini charge 50sen untuk card kosong, RM1 untuk card yang dorang isikan.
Saya rasa ralat nak bayar 50sen utk benda yang free, so saya ambik card ini di kedai lain.
50 meter sebelum sampai Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam (BKH), ada satu deretan kedai di sebelah kiri.
sikan data anda dalam Thailand Arrival / Departure card, and you are set to ride into Thailand.
CHECK LIST:
Jangan lupa bawak bersama dokumen2 ini:
1. Salinan terbaru geran motor
2. Surat kebenaran dari owner untuk bawak motor masuk thailand (jika perlu)
3. Insurance motor
4. Passport / Border pass
5. Thailand Arrival/Departure card
Masuk lorong untuk motorsikal ini dan anda akan sampai ke kaunter imigresen Malaysia.
Apa yang perlu di lakukan...
1. Hand over your passport atau border pass untuk di chop/scan
2. Bukak helmet untuk pengenalan diri.
Lepas tu, just ride ke arah siam (kompleks bebas cukai will be on your left).
Sebelum sampai border siam, akan ada sekatan jalanraya oleh pihak malaysia...
Cari lorong untuk motorsikal, dan lalu perlahan2. Ikut arahan yang di beri.
Kalau di suruh jalan, anda jalan. Kalau di minta dokumen, anda berikan.
(maaf tak ada gambar - kawasan sensitif)
REMINDER:
Urusan RIDER/PILLION adalah dgn IMMIGRATION
Urusan MOTOR adalah dgn CUSTOMS
Uruskan diri anda dgn immigration dulu sebelum uruskan motor anda dgn customs.
Setiba di kawasan immigration/custom Thailand, cari jalan motor atau lalu saja ikut jalan kereta.
Kalau lalu jalan kereta, berhenti di booth immigration Thai dan berikan :
1. Passport / Border pass
2. Selitkan Thailand Arrival/Departure card di dalam passport
3. Kalau di luar waktu kerja kerajaan thai, bersedia untuk bayar duit overtime pegawai immigration jika di minta (RM1)
If you are lucky, pegawai itu akan entertain anda yang bermotorsikal ini walaupun di lorong kereta.
Kalau tak bernasib baik, just park motor anda di tempat yang boleh di lihat oleh pegawai siam dalam dua booth ini,
terutama booth sebelah kiri.
Booth yang ada pelanggan berbaju merah itu kita namakan booth KANAN, dan booth yang ada dua pegawai thai
sedang bersembang kita namakan booth KIRI.
(ini pun kawasan sensitif utk di ambil gambar, tapi saya ambik jugak)
Lepas parking, (kalau passport belum di chop) uruskan diri anda dgn immigration dahulu sebelum uruskan motor anda dgn custom.
Beratur dibooth immigration untuk chop passport anda. Cari booth untuk motorsikal, kalau tak ada, cari booth untuk pejalan kaki.
Selesai urusan immigration, baru uruskan motor anda dgn custom Thailand.
Anda perlu dapatkan 'Simplified Customs Declaration Form' seperti ini:
Mula2 pergi ke booth KANAN, serahkan...
1. Passport
2. Insurance motor
3. Salinan terbaru geran motor
4. Surat kebenaran dari owner
(ntah la, saya bagi semua ini, mungkin terlebih bagi benda yang betul2 diperlukan)
Pegawai dalam booth ini akan masukkan data motor anda ke dalam sistem mereka. Kalau first time masuk siam,
agak lama kena tunggu utk semua data di masukkan.
Kalau motor itu dah pernah masuk, sekejap saja dah siap sebab data dah ada dalam sistem.
Setelah selesai di masukkan data, pegawai akan print 'Simplified Customs Declaration Form'.
Ambil print-out dan tandatangan di DUA tempat dalam borang itu:
Selepas tandatangan, serahkan borang itu pada booth KIRI. Bagi je semua dokumen yang ada pada anda. Kalau dia tak nak takpe.
Pegawai akan proses dan akan tanya anda dimana motor anda. Just point to your motorcycle.
Pegawai bagi balik borang itu pada anda, and you are now free to roam the Kingdom of Thailand.
Happy Riding.
CHECK LIST:
Make sure you have these things with you all the time while riding in Thailand:
1. Passport/Border pass yang telah dichop/scan oleh kedua2 immigration Malaysia dan Thai
2. Arrival card yang telah di chop oleh Immigration Thai
3. Insurance motor
4. Motorcycle temporary import
5. Salinan terbaru geran
6. Surat kebenaran dari owner (kalau perlu) <-- yg ni tak sure. Rasanya pegawai siam ambik surat ni.
7. Lesen memandu yang sah (kalau international license lagi afdal)
Ride 20 meter ke depan, akan ada 7eleven sebelah kiri. Dinasihatkan anda masuk 7eleven ini dan beli benda2 berikut:
1. SIM card 1-2-call Thailand (50 baht, ada kredit 15 baht)
2. Top up 1-2-call sebanyak 100 atau 200 baht
3. Red Bull atau M-150 (murah sangat, 10 baht satu botol)
4. Mineral water (7 baht)
Bertukar2 la number talipon dgn rakan2 anda supaya senang di hubungi in case ada emergency.
Balik bawak kenangan, jangan bawak penyakit.
Bon Voyage
Kredit to MBC (Malaysianbikers)

Kedai kakak gemuk tu apa namanya dan kat mana
ReplyDeleteKedai kakak gemuk tu apa namanya dan kat mana
ReplyDelete