Skip to main content

[Tips] Jika Anda Suka berkonvoi

Bile kite bercakap pasal konvoi, aku rasa ramai dikalangan kite semua ni pernah mengikuti konvoi.  Setidak2 nya pon  sekali..betul tak? Dan tak menafikan juga mgkin ade juga yg tak pernah langsung mengikuti konvoi nih. Tak kiralah join group konvoi yang besar atau pon group konvoi yang kecil bilangannye..dua atau tiga buah motorsikal atau  sebagainye pon dah dikira konvoi.

Tetapi, dalam kite sibuk nak berkonvoi, kkdg kiter terlupa benda2 yg tak kurang pentingnya sebelum berkonvoi iaitu persediaan sebelum berkonvoi. Topic kali ni aku cube share knowledge & pengalaman tentang persiapan sebelum berkonvoi.

Tips persediaan sebelum berkonvoi:

a) Kenderaan/motorsikal :

  1. Keadaan motorsikal pada tahap yang baik dan memuaskan. Kalo tetiba kite rasa tunggang kite tidak seperti sediakala, itu mgkin ade something wrong. Cuba2 la check ape2 yang patut.
  2. Pastikan tekanan angin tayar depan & belakang megikut spect yang disarankan spt dlm manual.
  3. Check level Engine Oil (EO). Kepada motorsikal yang mungkin sudah ade simptom2 kerap berkurangan EO (makan minyak hitam), pastikan ianya terkawal atau bawa spare utk top-up.
  4. Check signal kanan dan kiri. Ini amat penting sebagai penunggang motorsikal utk isyarat membelok atau memotong terutamanya ketika berada dijalan kampung atau bandar yang mempunyai banyak simpang. Tak kira motor kecil atau besar, keselamatan perlu dititikberatkan.
  5. Check Lampu brek -  adakah ianya berfungsi utk brek depan dan belakang? kalo berfungsi..BAGUS!! Sekiranya tidak, korang harus membaikinya dulu sebelum tiba hari berkonvoi. Kesan buruk  jika tidak berfungsi adalah amat2 membahayakan kpd rakan2 atau pengguna jalanraya yang berada  dibelakang anda. Tiada isyarat membrek mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
  6. Rantai (chain) telah di'spray' pd malamnya..rasanya tu yg se-elok2nye kot?..
  7. Yang tidak kurang pentingnya juga..cuci kenderaan anda - baru ler nmpk berkilat & bersinar biler pengguna jalanraya yg lain memerhatikan kenderaan korang. Silap2 siap kene lambai nanti..
  8. Isi ler minyak motor tu siap2..nanti takdelah sibuk nak isi minyak bile nak start konvoi. Serba sedikit akan mengganggu perjalanan/masa konvoi itu nanti.
Diri kita:


  1. Pastikan kita mempunyai rehat yang cukup - utk mengelakkan keletihan ketika menunggang.
  2. Pastikan tidur yang cukup tp jgn terlebih tidur plak - kalo tak cukup tido..takut nanti bukan kita bawak moto, tp moto bawak kite.
  3. Riding gear  - Helmet fullface/flipup, glove,padding jacket,riding boot, knee guard, back protector, racing suite dan lain2 mengikut kesesuaian ride anda.
  4. Jika demam atau selsema, mgkin ikut budi bicara diri sendiri samada patut atau tidak mengikuti konvoi. Sebab ianya akan mengganggu konsentrasi atau hilang fokus ketika menunggang.
  5. Sebelum tayargolek ke konvoi, lakukan sedikit senaman ringkas (stretching) supaya keadaan kite lebih selesa.

Aku rasa tu jer kot tips persediaan sebelum berkonvoi. Jika anda mempunyai info2 lain, jgn malu2 utk berkongsi diruangan ini. Jadi, sama2 kite share ilmu yang ade kepada kawan2 kite yang lain.

Rancanglah perjalanan anda sebaik2nya.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TTS?

Ok sekarang ni mesti korang nak nak tahu apa maksud disebalik perkataan ni.Mungkin jugak Aluminati atau bermacam2 lagi..Haha..Xdela.. . . . . . . . Sebenarnya ia adalah singkatan daripada perkataan Teh Tarik Session(TTS)

[Tips] Ratio Sporket

[tips] Spoket Ratio Spoket ratio  pula apa yang sesuai utk lc std.. pengalaman saya pada ketika cuba main mcm ni adalah 15-37 adalah terbaik bg motor saya... motor korang, saya x leh janji ia leh jd terbaik.. maka anda kena cuba sendiri mana spoket ratio yang betul2 sesuai dan puas hati.. benda ni subjektif.. sebab ia memberi kesan berbeza mengambil kira berat, cara bawak, dan jalanraya. So anda kena cuba sedikit demi sedikit.. rantai nak rasa ringan paka 415 or 420 la.. tp kalau yang berat lebih 70kg better pakai 428 je lah.. takut rantai stress dan cepat rosak.. dibawah ini adalah spoket ratio yang telah diguna pakai oleh kebanyakkan user lc.. buat ujian anda sendiri berdasarkan list dibawah SPOKET DEPAN / BELAKANG = ratio (depan bahagi ke belakang) HIJAU - LEBIH KEPADA TOPSPEED MERAH LEBIH KEPADA PICKUP 16 35 = 2.19 16 36 = 2.25 16 37 = 2.31 15 35 = 2.33 16 38 = 2.38 15 36 = 2.4 16 39 = 2.44 15 37 = 2.47 16 40 = 2.5 14 35 = 2.5 15 38 = 2.53 16 41 =

Awek-awek cun Bersama 135lc [2 Gambar]