1. Periksa bunga tayar anda sekali seminggu, pastikan tiada tanda-tanda yang akan menyebabkan tayar pancit, tambah tekanan angin mengikut kadar ditetapkan. Kebanyakan tayar pancit disebabkan oleh tekanan udara pada tayar rendah. 2. Periksa kedua-dua tayar sekiranya terdapat 'spoke' yang patah atau hilang pastikan juga rim tidak bengkok. 3. Periksa 'cable throttle' dengan memastikan pulasan anda itu tidak terasa berat, sekiranya berat sila letakkan sedikit bahan pelincir. 4. Pastikan tiada 'bolt' atau 'nut' yang hilang, segera gantikan pada bahagian berkenaan untuk membantu pergerakan motor anda, seperti tayar bahagian enjin dan bahagian 'suspension'. 5. Pastikan 'brake pad' anda ditukar bila sudah sampai waktunya. 6. Semak tahap minyak enjin, gantikan bila sudah guna melepasi 2,000km, tapi seeloknya ditukarkan pada 1,000km. 7. Ganti 'spark plug' setahun sekali dan ganti 'spark plug wire' dua tahun sekali. 8. Setiap k...