Tips Pencegahan Jenayah Pecah Rumah ******************************************************************************************************** Persediaan balik kampung perlu dilihat dalam berbagai aspek keselamatan, berikut adalah tip pencegahan jenayah pecah rumah yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia: Bila kes pecah rumah sering berlaku? 1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam. 2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain. 3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya. Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku: 1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat. 2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah. 3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah. 4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari. 5. Pasa...
Photo and Info Sharing Blog